Wednesday, January 16, 2008

Cerita Seorang Pemuda dan Api

Pada zaman dahulu ada dua orang adik beradik yang mana agama mereka ialah menyembah api. Pada suatu hari, si abang berkata pada si adik. Kita dah lama menyembah api ni sebagai tuhan kita. Kalau dia tuhan kita maka dia akan berbuat baik pada kita. Kata si adik, aku dah sembah api ni selama 20 tahun, mari aku cuba pegang api ni, mana tahu kalau-kalau api ni akan sejuk bila aku pegang sebab dah sekian lama aku sembah dia. Lalu si adik pun menyentuh api tersebut, dan terlecur tangannya. Aduh, panas! Si abang pula berkata, aku dah sembah api ini selama 40 tahun. Kalau aku pula yang sentuh mesti tak panas. Lalu si abang pun menyentuh api tersebut. Aduh, panas juga! Maka, mereka berdua berasa hairan dan akhirnya bersetuju bahawa api bukanlah tuhan mereka. Mereka ingin mencari siapakah tuhan mereka yang sebenarnya. Lalu salah seorang dari mereka pun bertolak menjelajah mencari siapakah tuhan bagi alam ini. (rasanya si adik)

Dia pun berjalan berhari2 mencari tuhan lalu sampai ke sebuah bandar yang mengamalkan ajaran Islam. Dia pun singgah di sebuah masjid dan belajar tentang islam dan diislamkan di sana. Dia sangat gembira apabila berjaya mengetahui bahawa Allah taala ialah tuhannya yang sebenar lalu dia pun mahu pulang semula ke kampung halamannya. Sebelum pulang, dia diberikan wang zakat kerana dia seorang mualaf, tetapi dia tidak mahu menerima wang tersebut walaupun sesen dan hanya mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas agama baru yang dianutinya dan dia hanya mahu segera pulang semula ke kampung.

Dia pun pulang semula ke kampung halamannya dengan gembira. Setibanya dia di rumahnya, dia pun bercerita tentang agama barunya pada anak dan isterinya dan mereka pun di islamkan.

Tidak lama kemudian, kawasan tempat tinggalnya dilanda musim panas dan kemarau yang panjang. Makanan berkurangan dan tiada pekerjaan di mana-mana. Puas dia merayau ke sana dan ke mari untuk mencari kerja tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada waktu tengahari dia pun masuk ke sebuah masjid dan bersembahyang dan menghabiskan sisa-sisa hari tersebut di situ kerana dia tidak sanggup pulang ke rumah melihat anak isterinya yang kelaparan menunggunya membawa pulang wang untuk membeli makanan. Dia hanya pulang apabila hari sudah gelap. Begitulah dia selama tiga hari berturut-turut.

Namun pada hari yang ketiga, jatuh pada hari Jumaat, setelah bersolat, dia berdoa pada Allah taala, dia bermohon agar tuhan memberikan dia rezeki pada anak dan isterinya. Mereka baru sahaja memeluk agama islam dan iman mereka masih rapuh. Dia khuatir mereka akan kembali ke agama lama kerana tidak tahan kelaparan. Dia pun bersembahyang dan bermunajat pada Allah taala sehinggalah waktu petang. Sebelum pulang, dia teringat isterinya memintanya membeli tepung. Dia berasa buntu kerana tidak mempunyai sebarang wang. Terlintas dihatinya untuk menipu si isteri. Dia pun mengambil sehelai kain dan meletakkan pasir didalamnya untuk diserahkan pada si isteri sebagai seikat tepung yang diminta.

Dia pun berjalan pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, dia nampak anaknya bermain diluar rumah, tidak seperti selalunya, menangis kelaparan, dan berbau masakan di dapur dan berasap. Tandanya anaknya sudah makan dan ada makanan yang sedang dimasak dirumah. Dia pun segera membuang buntil pasir tadi sebelum isterinya ternampak. Lalu dia pun masuk ke rumah, isterinya pun segera menyambutnya. Dia bertanya dimanakah isterinya mendapat makanan tersebut. Lalu si isteri pun bercerita, sewaktu dia tiada dirumah, ada seorang lelaki datang menatang sebiji dulang bertutup. Lelaki tersebut memberitahu kepada si isteri bahawa ini ialah gaji suaminya selama 3 hari dia bekerja. Apabila lelaki itu pergi lalu dia pun membuka dulang tersebut lalu terkejutlah si isteri, rupa2nya di dalam dulang tersebut penuh dengan wang emas. Tanpa berlengah dia pun mengambil sekeping wang emas tersebut dan membawanya ke bandar untuk dijual bagi membeli makanan.

Apabila sampai dikedai menjual emas, dia pun menyerahkan wang emas tadi. Apabila menerima wang tersebut, si tukang emas berasa gembira dan menyuruhnya mengambil semua benda yang berada di dalam kedainya, dan kalau itu pun masih lagi tak cukup datang lah ke rumahnya dan ambillah semua yang berada di rumahnya pula bagi membayar harga sekeping emas itu tadi kerana emas tersebut amat tinggi mutunya. Dengan wang tersebut maka si isteri pun membeli makanan.

Namun sebelum dia masuk ke rumah tadi, si isteri ternampak si suaminya membuang sebuntil kain. Dia pun bertanya pada si suami, apa yang ada di dalam kain tersebut. Dengan rasa bersalah dia pun menyuruh si isteri pergi melihatnya sendiri. Apabila si isteri pergi mengambil lalu membuka buntil tersebut buntil pasir yang dibawanya tadi telah bertukar menjadi tepung.

Sesungguhnya Allah taala membalas keikhlasan hamba-hambanya dengan seribu kebaikan dan secara tidak langsung menunjukkan kebesaran dan keesaan Allah. Wallahu’alam.

2 comments:

RoseH_Huls21365 said...

請繼續發表好文!加油加油加油! .................................................................

Big Data Analytics Malaysia said...

Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.. business analytics course in malaysia