Friday, November 23, 2007

Personality Test oleh Datuk Dr Fadzillah Kamsah

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1 : Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna

Saturday, November 3, 2007

Cerita aku

Ini ialah cerita fitnah yang pernah ditaburkan kat Kg. Telok, Sungai Dua, Pulau Pinang dan aku ialah salah seorang kepada cucu kepada si mangsa. Aku dibesarkan oleh nenek dan datuk aku dari kecik sebelum terpaksa mengikut ayah dan mak aku berhijrah ke Johor Bahru. Walaupun semuanya telah lama berlalu tapi aku nak menegakkan kebenaran pada yang masih hidup dan meluahkan marah aku pada si tukang karut.

Sewaktu hidupnya, Nenek aku pernah difitnah membela hantu supaya hidup senang. Tukang karutnya orang yang sekarang ni duduk bertentangan dengan rumah nenek aku, sekarang ni buka kedai makan char koey teow sungai dua, telur ayam dibasuh. Sekampung mempercayai mulut cabul si tukang karut ni kerana dia menyuruh seorang pak pacak mengaku depan orang kampung yang nenek aku bela hantu. Akibatnya, keluarga kami terpulau oleh orang kampung.

Terus terang aku katakan, aku nak orang yang mulut cabul ni bertaubat ler sebelum mampos. Dah tua pun, nenek aku pun dah lama meninggal. Untuk pengetahuan semua, nenek saya sempat buat haji. Beliau meninggal dunia pada pukul 3 pagi hari Jumaat dengan tenang pada tahun 1986. Yang aku peliknya, lepas nenek ngan atuk aku meninggal, berani plak dia pi menyewa rumah pusaka kami. Tak der ke hantu nenek aku datang belasah mulut celupar ko tuh? Tak pun datang bagi tangkal ker?

Pada si mulut celupar yang tabur fitnah sekampung tuh, dosa orang memfitnah ni lebih berat dari membunuh orang. Bertaubat ler... jangan tau buat jer pastu sorok teloq. Harap teloq ayam hang yer berbasuh. Pi la minta maaf kat ahli keluarga kami kerana mulut hang, kami teranaiya dan maruah kami dipijak-pijak. Kalau dulu hang buat mulut sekampung. La ni zaman ICT, satu dunia boleh access tau... teloq tembelang hang dah pecah. Hang nak letak muka kat mana? Tuhan maha kaya... kot kat dunia tak kena.. kat akhirat tak cium bau syurga..